| Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK) dan Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK) |
|
|
|
|
Pasukan Perlindungan Kanak-Kanak (PPKK)
PPKK ditubuhkan di negeri dan daerah berfungsi sebagai sistem sokongan kepada perkhidmatan perlindungan kanak-kanak.
Di antara aktiviti yang dikendalikan oleh PPKK ialah Pusat Aktiviti
Kanak-Kanak (PAKK) yang dirancang dan dilaksanakan mengikut keperluan
masyarakat setempat.
Contoh-contoh
program dan aktiviti yang dijalankan ialah mengadakan pusat jagaan,
kelas tuisyen, khidmat kaunseling, kelas komputer dan kursus pengasuhan
dan perkembangan kanak-kanak.
Usaha ini dilakukan untuk membantu mencegah kes-kes penganiayaan dan pengabaian kanak-kanak, ponteng sekolah, kerosakan akhlak dan lain-lain masalah sosial. Pada tahun 2007, terdapat 131 buah PPKK dan 135 PAKK diseluruh negara. Program PAKK ini memberi faedah dan manfaat kepada kanak-kanak yang tinggal di dalam komuniti sekitar PAKK. Pusat Aktiviti Kanak-kanak (PAKK)
Penubuhan
PAKK merupakan satu usaha yang menyeluruh dan lebih sistematik dan
berkesan dalam usaha mencegah ke penganiayaan dan pengabaian
kanak-kanak. PAKK merupakan program / perkhidmatan sokongan anjuran
Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
PAKK diwujudkan mengikut keperluan setempat. Pasukan Perlindungan Kanak-kanak perlu mengenalpasti isu yang ketara dalam sesuatu kawasan dan menentukan peringkat umur kanak-kanak yang memerlukan perkhidmatan. Ini akan membantu dalam penyediaan program dan tempoh masa PAKK patut dijalankan. PAKK boleh dibuka sepanjang hari, atau untuk tempoh masa yang tertentu sahaja. Premis yang digunakan boleh disewa atau didapatkan dengan percuma dangan kerjasama Majlis Tempatan, Jawatankuasa Penduduk Setempat atau bantuan / sokongan dari perseorangan.
Objektif
penubuhan PAKK adalah untuk menganjurkan program dan perkhidmatan
sokongan bercorak pencegahan dan perlindungan terutama bagi kanak-kanak
yang dianiaya oleh keluarga mereka. Keanggotaan PAKK terdiri daripada
jawatankuasa Kecil yang dilantik oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak.
Jawatankuasa Kecil ini terdiri daripada tidak kurang dari tujuh orang ahli dan tidak lebih daripada lima belas orang. Peranan PAKK dan aktiviti -aktiviti yang dijalankan oleh Pasukan Perlindungan Kanak-kanak
|



Tiada ulasan:
Catat Ulasan